Tuesday, January 3, 2012

PROSES TENDER BAGI PERLANTIKAN PENGURUS HARTANAH BAGI GREEN GARDEN

Untuk meningkatkan lagi tahap pengurusan di Green Garden Blok 1062 & 1066, kami selaku ejen-ejen pengurusan bagi Green Garden Blok 1062 & 1066 telah menghantar surat bertarikh 9 Disember 2011 kepada lapan (8) buah syarikat pengurusan yang berlesen serta berdaftar dengan Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi menyertai proses tender untuk mengurus Green Garden dengan mengemukakan sebutharga dan profil syarikat kepada kami tidak lewat daripada 15 Disember 2011, seperti berikut:

(1) C.H. William Talhar & Wong Sdn. Bhd.;
(2) G.E. Tan & Associates;
(3) Robert Bench;
(4) C.A. Lim & Co.;
(5) NJB Management Services;
(6) PPC International (Pg) Sdn. Bhd.;
(7) BHL Properties Consultants Sdn. Bhd.; dan
(8) Allied Group Property Services Sdn. Bhd.

Pada tarikh tutup tersebut, kami telah menerima maklum balas daripada lima (5) buah syarikat, di mana Robert Bench dan PPC International (Pg) Sdn. Bhd. telah menolak pelawaan tender kami. Manakala sebutharga-sebutharga yang dikemukakan oleh tiga (3) buah syarikat yang lain adalah seperti berikut:

(1) C.A. Lim & Co.
- Professional Fees: RM14,000.00
(2) Allied Group Property Services Sdn. Bhd.
- Management Fee: RM10,000.00 plus Site Staff Cost RM20,125.00
(3) NJB Management Services
- Management Fee: RM8,800.00

Berdasarkan sebutharga-sebutharga yang diperolehi seperti di atas, maka kami bercadang dan telah menemuramah wakil NJB Management Services, Encik Daljit Singh pada 21 Disember 2011 untuk perundingan harga yang lebih murah bagi menguruskan Green Garden. Akhirnya, Encik Daljit Singh bagi pihak NJB Management Services menawarkan RM4,000 sebagai bayaran profesional bagi menguruskan Green Garden. Seorang penyelia bangunan dan seorang handyman akan ditempatkan dengan sepenuh masa di Green Garden manakala seorang lagi handyman akan dihantar ke Green Garden pada bila-bila masa yang diperlukan.

Syarat-syarat lain termasuklah tempoh tiga bulan pertama merupakan tempoh percubaan bagi NJB Management Services, sebelum perjanjian setahun di tandatangani dengan syarikat tersebut. Penamatan dengan notis bertulis tujuh (7) hari boleh dilakukan oleh mana-mana pihak dalam tempoh percubaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Daripada Y.B. Ng Wei Aik, Y.B. Yeoh Soon Hin & Encik Ong Lin Teong

No comments:

Post a Comment