Tuesday, January 3, 2012

LAPORAN STATUS / KUTIPAN BAYARAN PENYENGGARAAN BAGI FEBRUARI - APRIL 2012

Ingin kami selaku ejen-ejen pengurusan bagi Green Garden Blok 1062 & 1066 mengemukakan laporan kutipan dan perbelanjaan bagi tempoh mulai 16 November hingga 31 Disember 2011 untuk pengetahuan dan rujukan para pemilik atau penduduk Green Garden.

Setakat 31 Disember 2011, kami telah mengutip RM145,882.00 daripada pembeli-pembeli petak manakala perbelanjaan bagi tempoh yang sama mencatat RM149,097.20. Ini bermakna bahawa kami kekurangan RM3,215.20 untuk menampung perbelanjaan Green Garden. Ini belum termasuk hutang/tunggakan atau bil-bil baru yang belum dijelaskan.

Dengan itu, kami ingin merayu kepada semua pembeli petak supaya mulai menjelaskan bayaran penyenggaraan bagi bulan Februari hingga April 2012 (sebanyak 3 bulan) sebelum Tahun Baru Cina yang akan datang sekiranya boleh.

Kutipan yang bakal dipungut dapat membantu kita dalam menjelaskan hutang-hutang yang lama dan pada masa yang sama, mengelakkan diri daripada menghadapi sebarang kerosakan atau keadaan bekalan elektrik atau air yang dipotong oleh pihak-pihak berkenaan. Tarikh dan masa bagi kutipan-kutipan yang akan datang adalah seperti berikut:

4 Januari 2012 (Rabu) & 8 Januari 2012 (Ahad) 8.00 p.m. – 10.00 p.m.
11 Januari 2012 (Rabu) & 15 Januari 2012 (Ahad) 8.00 p.m. – 10.00 p.m.
18 Januari 2012 (Rabu) 8.00 p.m. – 10.00 p.m.

Melalui proses tender, pihak kami telah melantik NJB Management Services (No. Pendaftaran: PM (3) 0032), sebuah Syarikat Pengurus Hartanah berlesen sebagai pengurus hartanah bagi Green Garden mulai 1 Januari 2012. Syarikat tersebut telah beroperasi di Pejabat Pengurusan di 1062-06-17, Green Garden mulai 3 Januari 2012 dan waktu operasi seperti berikut:

Hari Isnin Sehingga Jumaat 10.00 a.m. - 6.00 p.m.
Hari Sabtu 10.00 a.m. - 2.00 p.m.
Hari Ahad & Cuti Awam Rehat

No. Telefon untuk Dihubungi pada Waktu Luar Pejabat:
Miss Ang (Penyelia Bangunan) 016-4620531
Encik Vinod (Handyman) 016-4084438
Encik Daljit Singh 016-4143908

“Competency, Accountability & Transparency”

Daripada NG WEI AIK, YEOH SOON HIN & ONG LIN TEONG

No comments:

Post a Comment